Sign Of The Unseen: The Discourage Of Jalaluddin Rumi

Kitab ini menghimpunkan syarahan dan wacana yang disampaikan oleh Rumi tetapi disalin oleh anak muridnya memang memerlukan pandangan alam Islam yang benar kerana kita bukan saja akan mengambil sikap keras seperti golongan literalis dengan menolaknya, bahkan akan terlanjur menjadi terlalu bebas seperti kelompok liberalis yang memberikan makna yang di luar apa yang dikehendaki sebenar oleh ulama besar itu.

Metafora, alegori dan perlambangan yang digunakan oleh Rumi menegaskan makna tauhid yang dipegang oleh kaum sufi dan juga bagaimana proses menundukkan hawa nafsu di kalangan orang sufi yang sebenarnya adalah dengan tujuan yang sama, iaitu membersihkan nafsu sehingga mentauhidkan Allah dalam segala sisi.

Buku ini bukan saja patut dijadikan bacaan wajib bagi umat Islam, bahkan dibaca dari semasa ke semasa kerana ia menjawab keluh-kesah dan kekeliruan yang kita alami dalam menanggapi dan menangani kehidupan pascamoden yang menjungkirbalikkan pemikiran dan spiritual kita.